MENUJU REDHA MU

Ya Allah, Kuatkanlah Diri Ini Dalam Menuju RedhaMU..

Usrah..

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..Hari dah bertukar hari..Mata masih tak mengantuk..begitu juga dengan anakanda dan ummi..semua masih berjaga..anakanda syifa' pula asyik tersengih je..main dengan kereta dia..ke hulu hilir..yg umminye pulak tgh buat coktail..emm..smlm menemani ummi pi usrah kali pertama sejak dia berpindah ke kelantan..Alhamdulillah..ada jugak usrah untuknya..

Walaupun lama jugak menunggu ummi syifa' habis usrah..rase tension pun ada..ape la lama sgt usrah ni..tak membosankan ke usrah mcm tu..?..lebih2 lagi kene jaga anakanda puteri syifa' izzati..dah la dia tak boleh duduk diam..ade je benda dia nak main..persoalan skrg adakah usrah itu yg membosankan atau pengendalian usrah yang tidak berkesan..ataupun kita masih tidak memahami aplikasi usrah yang sebenar..

Usrah itu adalah tunjang kepada gerakan..jika tak berjalan usrah maka tak bergerak la gerakan itu..teringat perjalanan usrah diperingkat cawangan sy..yang boleh sy katakan ianya berpunca dari kelemahan pengurusan dan pengendalian usrah..selama 2 jam usrah tersebut..kadang2 sehingga 3 jam..bincang ape ye smpi 3 jam.?..sy sendiri yg menjadi naqib untuk adik2 diperingkat sekolah hanya membuat usrah just sejam shj..kalu lbh pun itu jika ada isu2 yang benar2 nak dibincangkan..

Bersambung..

"Malaysia Unity Government"

Kita baru-baru ini dikejutkan oleh cadangan DS Presiden PAS supaya difikirkan penyelesaian melalui ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana konsep Kerajaan Perpaduan ini adalah satu konsep yang baru, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan. Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara PAS dan UMNO atau PAS dan BN.

Walaubagaimanapun, apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.

Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal. Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar.

Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN.

Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.

Mereka tidak mungkin sanggup berkongsi kuasa dengan PR sedangkan mereka masih menganggap mereka mampu kekal berkuasa sepenuhnya secara bersendirian. Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Lihat sahaja rompakan kuasa yang mereka lakukan di Perak. Ketiga, mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka membenarkan PR memerintah bersama, PR akan tambah berpengaruh dan semakin diterima rakyat. Pendedahan rakyat kepada kemampuan PR akan menyebabkan kuasa akan hilang dari genggaman mereka sedikit demi sedikit.

Walaupun ide ini merupakan penyelesaian yang paling ‘ideal’ untuk Negara kita buat ketika ini, di mana kita boleh elak daripada satu suasana persengketaan yang mampu memusnahkan segala-galanya, tetapi pepatah Melayu ada berkata ‘Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Namun, kita boleh mencadangkan dan kita lihat bersama. Mana tahu, mungkin mereka juga sudah serik dengan suasana ini dan akan membuang jenis pemimpin yang mementingkan diri. Tanpa pemimpin yang sebegini mereka akan mula menyedari betapa baiknya cadangan ini.

Sehingga keadaan itu berlaku dan hari bertuah itu tiba, kita tingkatkan azam kita bersama, sengsingkan lengan dan terus berusaha kearah kejatuhan kerajaan BN. Bermula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, menuju ke Batang Ai.

WaLlahu ‘Alam

sumber disini..

"Unity Government Palestin"

Khamis, 19/03/2009 - Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhoum mendedahkan semua fraksi Palestin bersetuju membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional sebelum mengadakan pilihanraya umum.

Beliau berkata dalam kenyataan akhbar hari ini, Rabu (18/3), “persetujuan telah dicapai tentang bentuk kerajaan akan datang iaitu sebuah kerajaan sementara perpaduan nasional yang dibentuk mengikut perlembagaan Palestin. Kerajaan ini juga bertanggungjawab mengadakan pilihanraya akan datang serta membentuk kerajaan baru. Walau bagaimanapun, perbincangan masih lagi berlangsung tentang program politiknya dan susunan kementeriannya.”

Barhoum juga menjelaskan jawatankuasa tertinggi penyelaras bagi semua fraksi yang terlibat masih lagi menyambung perbincangan mereka hari ini di Kaherah dengan serius dan bersungguh-sungguh tentang isu-isu yang dikemukakan oleh kelima-lima jawatankuasa berkenaan isu Palestin. Jawatankuasa penyelaras tersebut berusaha membataskan titik persetujuan dan perselisihan tentang isu-isu berkaitan tentang PLO, kerajaan Palestin, keamanan dan pilihanraya bagi menyempurnakan cara bagaimana menanganinya.

Baca disini...

Islamic Bank's Interest Rates Warning

Birmingham-based Islamic Bank of Britain has warned the Bank of England’s recent slashing of interest rates to historic lows will mean it will take longer for it to reach break-even point.

The bank, which offers Sharia-compliant banking services for individuals and businesses, reduced its loss by 15 per cent to £5.9 million during the year ended December 31, 2008, down from £6.9 million in 2007. The bank put the reduction down primarily to growth in fee and commission income.

But despite its loss last year, Islamic Bank of Britain (IBB), which opened its first branch in 2004, saw customer numbers increased by 10 per cent to over 47,000 and deposits increased by 15 per cent to £158 million.

Islamic Bank of Britain commercial director Sultan Choudhury said he was pleased with the advances the bank had made last year.

“I think it’s an improvement across the key metrics. We reduced our losses but we are still in the initial phases of when you launch a bank and clearly we have a lot of fixed costs and need time to break even.

“Towards the end of last year and the beginning of this year the Bank of England benchmark rate came down significantly and that has impacted on all banks and that will impact us strongly in 2009.

“But apart from that, the balance sheet metrics such as financing and deposit growth have been quite encouraging.”

The bank launched several new products during the period, including a Sharia-compliant home purchase plan which is equivalent to a mortgage and a 60-day notice savings account which was launched in December 2008.

The bank said it was pleased to see the 60-day notice account attracting significant balances at a time where banks’ savings deposits in the UK in general were retracting.

Mr Choudhury said: “We have gone into two new products in a big way and they have been attractive to audiences other than Muslims. Our home purchase plan came at a time when there was a big withdrawal of a lot of home finance products, so it was a good news story that the Islamic Bank of Britain came into the market providing credit when others were moving out. We have had strong take-up of that because our product is quite competitive.

“The other product that attracts non-Muslim is the 60-day notice account.

“Clearly now it’s very hard to get a good rate for savings and this account was at three per cent for a while – it’s now 2.5 per cent which is still a good rate.”

“We have even had expats from Spain ringing us up about this – it has had phenomenal growth.”

In a statement on the London Stock Exchange, the bank said it expected 2009 to be a challenging year.

But it added: “However, the directors believe IBB will be well positioned to benefit from the eventual recovery particularly with a reinforced capital base.

“The bank will continue to focus on growth in lower risk secured customer finance funded by longer term deposits.

“We will continue to assess new and innovative products and services to enhance our customer offering.”

Ahlan Wa Sahlan

HambaMu Yang Dhoif

My photo
Hanya hamba ALLAH yang lemah dan masih mencari KEREDHAANNYA..Kusedar ilmu dan taqwa adalah jalan ke arah menuju syahid ilalALLAH..Ya ALLAH thabatkan hati ini di jalanMU Ya ALLAH..